Archive | September 2011

Hasil kerja terdahulu di sekolah lama…

Penyelengaraan terhenti selepas berlaku pertukaran dari sekolah lama pada akhir tahun 2005. Walaupun begitu laman web hasil kerjasama ahli jawatan kuasa masih kekal terpapar.

Hos Angelfire diambil alih oleh Lycos, tetapi URL lama masih berkekalan. Hasil kerja boleh dicapai di http://www.angelfire.com/hi5/skdah1pm/index.htm.

Satu projek tambahan persendirian dibina untuk mencuba konsep pendidikan secara atas talian, laman sesawang berasaskan akademik di sekolah lama telah dihasilkan. Walaupun begitu usaha juga terhenti pada tahun yang sama. “Parts of the body” dan “Clothing” adalah hasil kerjasama bersama murid. Laman Akademik boleh dicapai di http://www.angelfire.com/hi5/skdah1club/link.html.

Permainan berasaskan pendidikan boleh memainkan peranan penting dalam membantu menjana pemikiran yang kritis dan kreatif.

Advertisements

Laman Sesawang SK Sultan Ibrahim (3)

Laman sesawang SK Sultan Ibrahim (3) telah mula dibina pada 17 Februari, 2010. Ianya diselengara dan dikemaskini setiap bulan mengikut keperluan.

Matlamat laman sekolah;

  • Memberi kemudahan rujukan dan maklumat mengenai pentadbiran, aktiviti dan pencapaian sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa  dan masyarakat sekeliling.
  • Menyediakan kemudahan capaian untuk menguruskan keperluan atas talian.

Kemudahan Album Aktiviti Sekolah telah disediakan untuk menyingkap kembali aktiviti sekolah dalam bentuk gambar foto.

Untuk penambah baik laman, adalah dialu-alukan sebarang jenis sumbangan dalam apa jua bentuk.

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) 2011

Kutipan data SPPICTS telah dimulakan pada 14 September hingga 8 Oktober 2011

Pengisian 7 inisiatif seperti berikut;

  1. Makmal Komputer
  2. Capaian Internet
  3. Perisian Kursus Pendidikan
  4. Peralatan PPSMI
  5. Perkongsian Pintar
  6. EduWebTV
  7. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran

Pengisian HRMIS 2011

Pembantu Tadbir dari 19 buah sekolah telah membuat pengisian maklumat perkhidmatan dalam aplikasi atas talian HRMIS di Makmal Komputer SK Sultan Ibrahim (3) anjuran JPN Kelantan bersama PPD Pasir Mas.

Bermula pada hari Sabtu, 17 September dan berakhir pada hari Isnin. Makmal Komputer tingkat bawah ditutup kepada aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

Juruteknik sekolah (FT17) terpaksa menggunakan komputer tingkat atas untuk menggantikan untuk sementara komputer yang telah rosak. Walaupun begitu Makmal Komputer tingkat atas masih boleh digunakan.

Bengkel pembinaan laman web/blog

Berbengkel di PKG Mekasar, Pasir Mas, Kelantan, selama 2 hari. Mempelajari cara membina laman web/blog menggunakan WordPress.Com.

Ringkasan pembengkelan;

  1. Mengenali WordPress.Com
  2. Mendaftar akaun WordPress.Com
  3. Memilih Tema (Themes)
  4. Membuat Pages (Static Pages)
  5. Membuat sub-menu Pages
  6. Menambah Widgets