Archive | October 2011

Taklimat Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG)

Unit Latihan dan Kemajuan Staf JPN telah memberi taklimat mengenai eSPLG pada.

Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)

Masa : 2.00 hingga 5.00 petang

Tempat : Bilik Wawasan, SMK Perempuan, Pasir Mas.

Pegawai Unit Latihan PPD  Pasir Mas : En. Mohd Zuki bin Abu Lipah.

Laman sesawang eSPLG boleh diakses di http://apps.moe.gov.my/splg.

Update 4 Feb 2016: eSPLG berubah ke SPL KPM. Pautan terkini di laman sekolah http://sksit.alturl.com/#spstaf

Penyertaan Pertandingan Kuiz Kids and Cash

Selama seminggu pasukan sekolah SKSI(3) bersedia untuk menyertai pertandingan Kuiz Kids and Cash. Pada 24 Oktober, 2011, di Makmal Komputer bawah, peserta pasukan sekolah telah mendaftar dan memulakan kuiz tersebut selama sejam.

Untuk memperolehi markah penuh yang lebih tinggi, pasukan sekolah telah bersepakat menyelesaikan 20 soalan kategori sukar. Soalan-soalan amat mencabar sekali dan pasukan sekolah menyelesaikannya bersama slogan seminit sebelum masa penamat.

Rujukan :

 

 

Pertandingan OpenOffice.org peringkat Kebangsaan

Pada Julai 2011, sekolah telah menyertai pertandingan OpenOffice.org anjuran MAMPU bersama Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah telah berjaya sehingga peringkat negeri akan tetapi kecundang untuk mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan. Walau pun begitu masih ada harapan pada tahun hadapan.

Kursus SPPBS – Pn Fariza (SUP)

Isnin, 10 Oktober, 2011. Kursus Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) untuk semua guru Tahun 1 yang dikendalikan oleh Pn Fariza bt Hassan (SUP).

Kursus HRMIS – Pn Faridah (KPT)

Rabu, 5 Oktober, 2011. Kursus HRMIS dikendalikan oleh Pn Faridah bt Abdul Aziz (Ketua Pembantu Tadbir – N22) untuk para guru dan kakitangan sekolah. Matlamat kursus tertumpu kepada kemasukkan matlumat peribadi kakitangan warga sekolah dalam aplikasi HRMIS secara atas talian.