Archive | November 2011

PSS dilengkapi Troli (ppsmi), Skrin dan Projektor LCD

29 November, 2011. Pusat Sumber Sekolah (PSS – Pn Rusiah Husain) telah dilengkapi dengan peralatan persembahan paparan projektor LCD NEC dengan kebenaran Guru Besar, Pn Hjh Halijah.

Advertisements

Survei Penilaian Sistem Pendidikan Negara

17 November 2011, 60 murid Tahun 6 telah meluangkan masa selama 3 jam untuk melaksanakan Survei Penilaian Sistem Pendidikan Negara. Ia dilaksanakan secara atas talian menerusi pautan pada Portal Rasmi KPM dan IAB.

Setiap murid Tahun 6 yang terlibat diberikan login dan password untuk menjawab lebih kurang 23 item secara dalam talian di Makmal Komputer SK Sultan Ibrahim (3).

Akan tetapi server yang disediakan teramat lambat dalam perlaksanaan tersebut menyebabkan hampir semua kemasukkan maklumat gagal dilaksanakan secara sepenuhnya. Perlaksanaan survei ditutup pada 18 November 2011.

Klik di sini untuk ke Survei Penilaian Sistem Pendidikan Negara.

 

SKSI(3) berjaya ke peringkat negeri bagi Kids & Cash

Hari ini, seperti yang diumumkan.  SK Sultan Ibrahim (3) berjaya ke peringkat negeri bagi pertandingan Kids & Cash yang akan diadakan di Putrajaya pada 9 November, 2011. Pasukan bersama guru pengiring akan bertolak dengan kapal terbang dan berada di sana selama 3 hari. Semoga semuanya berjalan lancar dan berjaya.