Archive | January 2012

KSSR Dunia Sains Teknologi

10 Jan 2012. Guru Tahun 1 dan 2 mula membawa murid mereka ke Makmal Komputer sekolah untuk P&P KSSR Dunia Sains Teknologi. Murid Tahun 1 diberi bimbingan dan pengenalan mengenai Makmal Komputer; dari aspek keselamatan dan peraturan penggunaan makmal.

Dengan perkhidmatan sambungan internet mesra P&P (projek dalaman Guru Penyelaras Bestari) serta MSS Schoolnet, guru dan murid akan dapat memanfaatkan sepenuhnya keupayaan ICT sebagai gedung ilmu yang berguna.

Advertisements

PRA sekolah dilengkapi Troli (ppsmi), Skrin dan Projektor LCD

8 Januari, 2012. PRA sekolah (Guru PRA – Pn Norhayati) telah dilengkapi dengan peralatan persembahan paparan projektor LCD EPSON dengan kebenaran Guru Besar, Pn Hjh Halijah.