Archive | March 2012

Ujian PERMATAPintar UKM1 2012

Ujian saringan pertama – UKM1, telah bermula pada 1 Februari 2012 sehinggga 30 April 2012. Panduan ringkas disediakan di papan kenyataan di hadapan Bilik Guru sebagai panduan kepada murid. Borang juga disediakan untuk membantu murid melengkapkan pendaftaran dan memulakan ujian secara atas talian. Selain itu, Portal SK Sultan Ibrahim (3) juga telah menyediakan pautan untuk memudahkan capaian.

Advertisements

Bengkel kemas kini dan verifikasi STS

29 Februari, 2012. PKG Kedai Tanjong telah menjalankan bengkel pengemaskinian dan verifikasi data aduan kerosakan (STS) sekolah untuk kelompok PKG Kedai Tanjong dan PKG Mekasar. Bengkel dikendailikan bersama En. Roswadi bin Yusof dan En. Ismadi bin Ismail.

Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT dibantu oleh Juruteknik (FT17) PKG memasukkan maklumat kerosakan dan maklumat Kad Harta Modal peralatan ICT.

Peralatan ICT SK Sultan Ibrahim (3) merangkumi peralatan di Pusat Akses Sekolah, Makmal Komputer, PPSMI dan komputer sumbangan luar yang mempunyai kad harta modal.