Archive | May 2012

Pengisian maklumat sebelum pemasangan 1Bestarinet di laman YTL

14 Mei 2012, baru siap melengkapkan pengisian maklumat IT dan pelan susunatur sekolah untuk pemasangan 1Bestarinet oleh YTL. Maklumat diperlukan untuk membuat pemasangan 3 unit ZOOM MONITOR + 1 unit standby.

Menurut Helpdesk, 3 unit Zoom Monitor akan diaktifkan manakala yang satu lagi yang tidak diaktifkan bertindak sebagai unit pengganti.

Selepas pemasangan dan latihan penggunaan selesai, YTL akan memberi peluang sekolah melanggan sehingga 20 unit 4G-Dongle percuma. Akan tetapi memerlukan bayaran top-up untuk penggunaan dan langganan sambungan data (internet).

Capaian sesawang pengisian maklumat boleh dicapai di https://edw.yes.my/Yesmon/LoginSchoolInfo.aspx

Advertisements

Taklimat Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG)

30 April, 2012. Guru dikehendaki mengemas kini maklumat kursus yang dihadiri. Terdapat 3 pengisian yang diperlukan.

1. Book Review. Maksimum 3 buah buku. Mestilah buku Ilmiah yang mempunyai sekurang-kurangnya 50 muka surat. 1 buah buku bersamaan 1 hari berkursus.

2. Kehadiran Kursus Luar (KKL). Kursus yang dihadiri oleh guru di luar sekolah.

3. Analisa Keperluan Latihan atau ‘Training Needs Analysis’ (TNA). Semua Guru dan Staf (berslip gaji) perlu mengisi TNA sekali sahaja. Kemasukkan akan ditutup pada akhir bulan May 2012.