Archive | September 2013

YES LTE 4G 1Bestarinet – Masalah Bekalan Jalur Lebar

Hasil speedtest tidak memberi gambaran yang hakikatnya pelayan gateway Internet YES YTL teramat lambat.

Walaupun hasil speedtest dalam julat yang dipersetujui iaitu di antara 2mbps dan 7mbps, ia tidak memberi hasil transaksi penyambungan yang memuaskan berbanding perkhidmatan TM School Broadband ADSL 2mbps secara keseluruhan. Perbezaannya amat besar dan ketara sekali.

Perbandingan dibuat menggunakan peralatan ICT yang sama.

Selcare case number : 24322 – very slow data connection

Disunting pada 19/11/2013

Tiket untuk kes ini telah ditutup selepas pihak 1Bestarinet Helpdesk mengatasi kesesakan jalurlebar mereka pada waktu kemuncak.

Adalah diharapkan pihak 1Bestarinet lebih peka kepada peningkatan pengguna kerana ini pasti akan memberi impak kepada kualiti servis jalurlebar semasa.

1Bestarinet Helpdesk Support dan SelfCare

Telefon : 018-7998787
Email: moesupport@ytlcomms.my
Selfcare : https://1bnselfcare.yes.my/

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Hari : Isnin hingga Jumaat

Ubah Tetapan IP Address DHCP ZOOM

Membuat perubahan tetapan IP Address untuk DHCP ZOOM. Keperluan selepas bertukar dari TM School Broadband

1. Bagi penambahan jumlah IP boleh guna
2. Penyeragaman IP supaya sistematik dan sistemik

Case number: 24158

Pemasangan ZOOM 1Bestarinet di sekolah

Pihak YES YTL memasang 3 unit ZOOM + 1 unit ZOOM simpanan.

Unit ZOOM dipasang di makmal komputer, pejabat dan bilik guru. Kekuatan liputan 4G, 4 bar, 3 bar dan 2 bar dari maksimum 5 bar. Setelah membuat analisis kelebaran jalur, semuanya berada dalam julat yang disarankan.

Taklimat Pemantapan Penarafan SSQS 2.0

Tarikh : 4 September 2013 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : PKG Rantau Panjang

Laman rasmi SSQS 2.0 buat masa kini dalam proses naik taraf dan tidak dapat diakses.

Kemasukan penarafan SSQS 2.0 dibuat menggunakan perkhidmatan Google Drive yang boleh diakses melalui laman PKG masing-masing.

Pautan:
1. http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/
2. http://pkgkedaitanjung.btpnkel.net/ *laman tidak serasi dengan peranti mudah alih. Sila guna “Request Desktop Site”.