Archive | March 2015

Driver bagi Sistem Linux untuk YES GO 4G USB Dongle

YES YTL telah mengeluarkan driver yang terbaru untuk sistem operasi Linux. Dua jenis pakej dihasilkan, iaitu jenis RPM (Red Hat Package Manager) dan DEB (Debian Software Package). Melihat kepada laman sesawang sokongan mereka, Distro Linux yang diuji larikan ialah Centos, Red Hat dan Ubuntu untuk jenis 32 bit dan 64 bit.

Linux Mint 17 dan ke atas berupaya menggunakan pakej DEB yang disediakan kerana ianya berasaskan Ubuntu 14.04 LTS. Walaupun begitu ianya bergantung kepada sistem komputer untuk penyambungan. Lenovo IdeaPad S110 berupaya membuat sambungan tanpa sebarang masalah. Ada komputer yang perlu dicipta satu sambungan network Ethernet secara manual selepas driver dipasangkan. Sambungan Ethernet tersebut perlu rujuk kepada peranti WM0. Yang utamanya driver YES GO 4G Dongle boleh berfungsi dalam Linux.

Dapatkan driver YES GO 4G USB Dongle di laman sesawang yes.my https://www.yes.my/v3/support/download.do#go

Advertisements

Penerimaan CaddyTank Cart dan Lenovo IdeaPad S110

26 March 2015. Sekolah menerima CaddyTank Charging Cart dan Lenovo IdeaPad model S110. Initiatif Jalur Lebar Negara, sumbangan kerajaan Malaysia melalui KPKK 1Malaysia.

IdeaPad S110 yang diterima hanya terpasang sedia dengan Microsoft Windows 7 Professional. Tiada aplikasi lain kecuali applikasi percubaan terhad masa (trial).

Cadangan pemasangan; aplikasi alternatif yang tidak memerlukan bayaran serta kontrak tahunan seperti aplikasi yang mengunakan lesen dari jenis Free Software dan Sumber Terbuka. Contoh aplikasi yang menggunakan lesen yang mesra kepada pengguna ialah;

  • Linux Mint 17.1 (Rebecca) MATE 32bit
  • LibreOffice Suite (Writer, Calc, Impress, Math, Draw, Base)
  • Gpaint dan Pinta (mengantikan MS Paint)
  • OpenShot bersama Fri0er-plugin (mengantikan MovieMaker)
  • Audacity (penyunting audio)
  • Firefox browser
  • Chromium bersama pepperflash-plugins atau Chrome browser
  • Shutter bersama libgoo-perl (advance screen capture)
  • Cheese (untuk webcam)
  • Yes GO 4G Dongle DEB (Ubuntu 32bit) driver dari laman yes.my (jika diperlukan)

Semua aplikasi termasuk update untuk sekuriti sistem operasi Linux Mint dikawal selia oleh pakej manager melalui ‘Update Manager’. Satu klik untuk semuanya.