Archive | FT17 RSS for this section

1Bestarinet Helpdesk Support dan SelfCare

Telefon : 018-7998787
Email: moesupport@ytlcomms.my
Selfcare : https://1bnselfcare.yes.my/

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Hari : Isnin hingga Jumaat

Advertisements

Pemasangan ZOOM 1Bestarinet di sekolah

Pihak YES YTL memasang 3 unit ZOOM + 1 unit ZOOM simpanan.

Unit ZOOM dipasang di makmal komputer, pejabat dan bilik guru. Kekuatan liputan 4G, 4 bar, 3 bar dan 2 bar dari maksimum 5 bar. Setelah membuat analisis kelebaran jalur, semuanya berada dalam julat yang disarankan.

Bengkel Pelaksanaan Sistem Pengurusan Inisiatif Sekolah ICTS

Penambahan tugasan bukan akademik untuk guru ICT. Bahagian Audit Dalam KPM telah membangunkan sebuah aplikasi atas talian ICTS yang bertujuan untuk mengumpul, menganalisis dan melaporkan maklumat kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan.

Tarikh : 25 April 2013
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Makmal Komputer SK Othman Talib (1), Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Akan tetapi pelayan ICTS tidak dapat diakses pada hari bengkel yang telah ditetapkan.

Kursus dihadiri bersama Juruteknik sekolah.

Pautan : http://www.moe.gov.my/bad/icts

Bengkel Pembinaan Pelaporan STS melalui Aplikasi Google Drive

Kelompok PKG Kedai Tanjong berbengkel di PKG Mekasar menyediakan laporan STS mengenai kerosakan peralatan ICT sekolah melalui aplikasi Google Drive. PKG Kedai Tanjong bertanggungjawab mengumpul laporan-laporan kerosakan peralatan ICT untuk dihantar kepada pihak BTP.

Tarikh : 11 – 12 March 2013
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : PKG Mekasar