Archive | Kursus RSS for this section

FrogAsia Hub PPD Pasir Mas

21 Mei 2017, SMK Perempuan dipilih sebagai FrogAsia Hub PPD Pasir Mas. Guru-guru Advocate diberi taklimat dan bengkel PIE selepas majlis pelancaran. 

1GovUC: Khidmat Emel

2 Nov 2016.
Makmal Komputer, SK Sultan Ibrahim (3), telah menjadi hos kepada kursus 1GovUC oleh unit latihan TM Berhad yang ditaja oleh MAMPU dengan kerjasama PPD Pasir Mas.

Admin 1GovUC diberi kursus mengenai;

  1. IPMS Admin V2 Portal
  2. 1GovUC Outlook Web Apps (OWA)
  3. Big Mail Transfer (BMT)
  4. User Self Access

    Pautan Portal 1GovUC Utama

    Kursus Literasi ICT secara dalam talian kepada Guru-Guru KPM

    2 April, 2016.

    Latihan dan ujian Literasi ICT secara dalam talian kepada guru-guru KPM Fasa 2  bermula pada 1 April 2016 hingga 2 Mei 2016. Pautan berkenaan https://www.etln.edu.my

    Berikut adalah sebagai panduan guru-guru yang terlibat;

    Modul Literasi ICT secara dalam talian munkin memerlukan plug-in Microsoft Silverlight. Sila klik pautan berikut untuk muat turun dan install. https://www.microsoft.com/silverlight/

    Diharap sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan guru.

    Kursus Frog VLE 2016

    3 Feb 2016, Pihak sekolah dengan kerjasama BTPN Kelantan mengadakan kursus LDP Frog VLE untuk guru. Beberapa ciri Frog VLE yang berguna telah di pertengahkan.

    • Cara cepat ciri “New Assignment” dalam antara muka “Timeline Dashboard”.
    • Cara cepat hasilkan “Website” dengan menggunakan imej dari “FrogDrive”, “Resources”, “Use in new site”.
    • Cara menggunakan pelbagai “Widgets” contohnya “Wall”, “Scorm”, “Poll’.
    • Pilihan dalam “Sharing settings”. Perbezaan dan contoh penggunaan.
    • Rujukan laman sesawang Sistem Pengurusan Pembelajaran untuk kegunaan bersama SCORM.

    Frog OS - Mozilla Firefox_020

    Frog OS - Mozilla Firefox_021

    Ringkasan kursus secara am. Rujukan pautan boleh didapati di laman rasmi sekolah SKSI (3) di http://sksit.alturl.com/#spfrog

    Taklimat Pemantapan Penarafan SSQS 2.0

    Tarikh : 4 September 2013 (Rabu)
    Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
    Tempat : PKG Rantau Panjang

    Laman rasmi SSQS 2.0 buat masa kini dalam proses naik taraf dan tidak dapat diakses.

    Kemasukan penarafan SSQS 2.0 dibuat menggunakan perkhidmatan Google Drive yang boleh diakses melalui laman PKG masing-masing.

    Pautan:
    1. http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/
    2. http://pkgkedaitanjung.btpnkel.net/ *laman tidak serasi dengan peranti mudah alih. Sila guna “Request Desktop Site”.

    Bengkel Pelaksanaan Sistem Pengurusan Inisiatif Sekolah ICTS

    Penambahan tugasan bukan akademik untuk guru ICT. Bahagian Audit Dalam KPM telah membangunkan sebuah aplikasi atas talian ICTS yang bertujuan untuk mengumpul, menganalisis dan melaporkan maklumat kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan.

    Tarikh : 25 April 2013
    Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
    Lokasi : Makmal Komputer SK Othman Talib (1), Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

    Akan tetapi pelayan ICTS tidak dapat diakses pada hari bengkel yang telah ditetapkan.

    Kursus dihadiri bersama Juruteknik sekolah.

    Pautan : http://www.moe.gov.my/bad/icts

    Kursus Penyebaran Kurikulum Standard KSSR dan PBS

    16 Oktober 2012. Menghadiri kursus yang telah dijalankan di PPD Pasir Mas sebagai guru Bahasa Inggeris Tahun 3.

    Taklimat Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG)

    30 April, 2012. Guru dikehendaki mengemas kini maklumat kursus yang dihadiri. Terdapat 3 pengisian yang diperlukan.

    1. Book Review. Maksimum 3 buah buku. Mestilah buku Ilmiah yang mempunyai sekurang-kurangnya 50 muka surat. 1 buah buku bersamaan 1 hari berkursus.

    2. Kehadiran Kursus Luar (KKL). Kursus yang dihadiri oleh guru di luar sekolah.

    3. Analisa Keperluan Latihan atau ‘Training Needs Analysis’ (TNA). Semua Guru dan Staf (berslip gaji) perlu mengisi TNA sekali sahaja. Kemasukkan akan ditutup pada akhir bulan May 2012.

    Bengkel kemas kini dan verifikasi STS

    29 Februari, 2012. PKG Kedai Tanjong telah menjalankan bengkel pengemaskinian dan verifikasi data aduan kerosakan (STS) sekolah untuk kelompok PKG Kedai Tanjong dan PKG Mekasar. Bengkel dikendailikan bersama En. Roswadi bin Yusof dan En. Ismadi bin Ismail.

    Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT dibantu oleh Juruteknik (FT17) PKG memasukkan maklumat kerosakan dan maklumat Kad Harta Modal peralatan ICT.

    Peralatan ICT SK Sultan Ibrahim (3) merangkumi peralatan di Pusat Akses Sekolah, Makmal Komputer, PPSMI dan komputer sumbangan luar yang mempunyai kad harta modal.

    Bengkel Pengisian SBPA di Makmal Komputer SKSI(3)

    27 Disember, 2011. Bengkel Pengisian SBPA di Makmal Komputer SKSI(3) anjuran  PPD Pasir Mas bersama JPN Kelantan untuk ketua pembantu tadbir dari 19 buah sekolah.