Archive | LDP RSS for this section

Penerimaan dan Pengagihan Peranti YES Altitude

10 April 2017. Sekolah telah menerima telefon pintar jenis YES Altitude dari pihak YES FrogAsia di JPN Kelantan. Guru Besar dan Pengetua diiringi seorang Guru Penyelaras Bestari atau Guru ICT mengesah dan menerima peranti dengan selamatnya.

11 April 2017. Guru Besar mengagihkan peranti kepada guru-guru​ dan guru mengesahkan penerimaan. Guru Penyelaras Bestari memberi penerangan cara mengaktifkan telefon.

Advertisements

Kursus Literasi ICT secara dalam talian kepada Guru-Guru KPM

2 April, 2016.

Latihan dan ujian Literasi ICT secara dalam talian kepada guru-guru KPM Fasa 2  bermula pada 1 April 2016 hingga 2 Mei 2016. Pautan berkenaan https://www.etln.edu.my

Berikut adalah sebagai panduan guru-guru yang terlibat;

Modul Literasi ICT secara dalam talian munkin memerlukan plug-in Microsoft Silverlight. Sila klik pautan berikut untuk muat turun dan install. https://www.microsoft.com/silverlight/

Diharap sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan guru.

Kursus Frog VLE 2016

3 Feb 2016, Pihak sekolah dengan kerjasama BTPN Kelantan mengadakan kursus LDP Frog VLE untuk guru. Beberapa ciri Frog VLE yang berguna telah di pertengahkan.

  • Cara cepat ciri “New Assignment” dalam antara muka “Timeline Dashboard”.
  • Cara cepat hasilkan “Website” dengan menggunakan imej dari “FrogDrive”, “Resources”, “Use in new site”.
  • Cara menggunakan pelbagai “Widgets” contohnya “Wall”, “Scorm”, “Poll’.
  • Pilihan dalam “Sharing settings”. Perbezaan dan contoh penggunaan.
  • Rujukan laman sesawang Sistem Pengurusan Pembelajaran untuk kegunaan bersama SCORM.

Frog OS - Mozilla Firefox_020

Frog OS - Mozilla Firefox_021

Ringkasan kursus secara am. Rujukan pautan boleh didapati di laman rasmi sekolah SKSI (3) di http://sksit.alturl.com/#spfrog

Taklimat Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG)

30 April, 2012. Guru dikehendaki mengemas kini maklumat kursus yang dihadiri. Terdapat 3 pengisian yang diperlukan.

1. Book Review. Maksimum 3 buah buku. Mestilah buku Ilmiah yang mempunyai sekurang-kurangnya 50 muka surat. 1 buah buku bersamaan 1 hari berkursus.

2. Kehadiran Kursus Luar (KKL). Kursus yang dihadiri oleh guru di luar sekolah.

3. Analisa Keperluan Latihan atau ‘Training Needs Analysis’ (TNA). Semua Guru dan Staf (berslip gaji) perlu mengisi TNA sekali sahaja. Kemasukkan akan ditutup pada akhir bulan May 2012.

Taklimat Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG)

Unit Latihan dan Kemajuan Staf JPN telah memberi taklimat mengenai eSPLG pada.

Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)

Masa : 2.00 hingga 5.00 petang

Tempat : Bilik Wawasan, SMK Perempuan, Pasir Mas.

Pegawai Unit Latihan PPD  Pasir Mas : En. Mohd Zuki bin Abu Lipah.

Laman sesawang eSPLG boleh diakses di http://apps.moe.gov.my/splg.

Update 4 Feb 2016: eSPLG berubah ke SPL KPM. Pautan terkini di laman sekolah http://sksit.alturl.com/#spstaf