Archive | Uncategorized RSS for this section

Driver bagi Sistem Linux untuk YES GO 4G USB Dongle

YES YTL telah mengeluarkan driver yang terbaru untuk sistem operasi Linux. Dua jenis pakej dihasilkan, iaitu jenis RPM (Red Hat Package Manager) dan DEB (Debian Software Package). Melihat kepada laman sesawang sokongan mereka, Distro Linux yang diuji larikan ialah Centos, Red Hat dan Ubuntu untuk jenis 32 bit dan 64 bit.

Linux Mint 17 dan ke atas berupaya menggunakan pakej DEB yang disediakan kerana ianya berasaskan Ubuntu 14.04 LTS. Walaupun begitu ianya bergantung kepada sistem komputer untuk penyambungan. Lenovo IdeaPad S110 berupaya membuat sambungan tanpa sebarang masalah. Ada komputer yang perlu dicipta satu sambungan network Ethernet secara manual selepas driver dipasangkan. Sambungan Ethernet tersebut perlu rujuk kepada peranti WM0. Yang utamanya driver YES GO 4G Dongle boleh berfungsi dalam Linux.

Dapatkan driver YES GO 4G USB Dongle di laman sesawang yes.my https://www.yes.my/v3/support/download.do#go

Advertisements