Ubah Tetapan IP Address DHCP ZOOM

Membuat perubahan tetapan IP Address untuk DHCP ZOOM. Keperluan selepas bertukar dari TM School Broadband

1. Bagi penambahan jumlah IP boleh guna
2. Penyeragaman IP supaya sistematik dan sistemik

Case number: 24158

Pemasangan ZOOM 1Bestarinet di sekolah

Pihak YES YTL memasang 3 unit ZOOM + 1 unit ZOOM simpanan.

Unit ZOOM dipasang di makmal komputer, pejabat dan bilik guru. Kekuatan liputan 4G, 4 bar, 3 bar dan 2 bar dari maksimum 5 bar. Setelah membuat analisis kelebaran jalur, semuanya berada dalam julat yang disarankan.

Taklimat Pemantapan Penarafan SSQS 2.0

Tarikh : 4 September 2013 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : PKG Rantau Panjang

Laman rasmi SSQS 2.0 buat masa kini dalam proses naik taraf dan tidak dapat diakses.

Kemasukan penarafan SSQS 2.0 dibuat menggunakan perkhidmatan Google Drive yang boleh diakses melalui laman PKG masing-masing.

Pautan:
1. http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/
2. http://pkgkedaitanjung.btpnkel.net/ *laman tidak serasi dengan peranti mudah alih. Sila guna “Request Desktop Site”.

Ujian UKM1 PERMATApintar 2013

Sibuk mengendalikan murid untuk menjalani ujian UKM1 PERMATApintar.

Murid berumur 8 tahun dan beragama Islam layak untuk mengikuti program PERMATAinsan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Syarat, lulus UKM1, UKM2 dan USIM-1.

Mereka yang berumur 9 hingga 15 tahun ditawarkan program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM dan mendapatkan peluang untuk belajar di Pusat PERMATApintar Negara.

Maklumat yang diperlukan dari murid
1. Surat beranak
2. Kad pengenalan bapa dan ibu
3. Maklumat lanjut keluarga dan nombor berhubung.

Maklumat lanjut di http://sksit.alturl.com/arkibberita/ujianukm1permatapintar

Bengkel Pelaksanaan Sistem Pengurusan Inisiatif Sekolah ICTS

Penambahan tugasan bukan akademik untuk guru ICT. Bahagian Audit Dalam KPM telah membangunkan sebuah aplikasi atas talian ICTS yang bertujuan untuk mengumpul, menganalisis dan melaporkan maklumat kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan.

Tarikh : 25 April 2013
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Makmal Komputer SK Othman Talib (1), Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Akan tetapi pelayan ICTS tidak dapat diakses pada hari bengkel yang telah ditetapkan.

Kursus dihadiri bersama Juruteknik sekolah.

Pautan : http://www.moe.gov.my/bad/icts

Bengkel Pembinaan Pelaporan STS melalui Aplikasi Google Drive

Kelompok PKG Kedai Tanjong berbengkel di PKG Mekasar menyediakan laporan STS mengenai kerosakan peralatan ICT sekolah melalui aplikasi Google Drive. PKG Kedai Tanjong bertanggungjawab mengumpul laporan-laporan kerosakan peralatan ICT untuk dihantar kepada pihak BTP.

Tarikh : 11 – 12 March 2013
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : PKG Mekasar

Kursus Penyebaran Kurikulum Standard KSSR dan PBS

16 Oktober 2012. Menghadiri kursus yang telah dijalankan di PPD Pasir Mas sebagai guru Bahasa Inggeris Tahun 3.

Bengkel Mengoptimum Penggunaan dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan Teknologi Maklumat dalam P&P

18 September 2012, menghadiri Bengkel Mengoptimum Penggunaan dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan Teknologi Maklumat dalam P&P di PKG Daerah Pasir Mas.

Tempat : PKG Rantau Panjang

Tarikh : 18 hingga 20 September 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Membincangkan mengenai 4 modul iaitu

  1. Peranan GPB/GPICT dan GPM
  2. Kemahiran abad ke 21 dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P)
  3. Kemahiran pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan TMK dan Komunikasi dalam P&P
  4. Smart School Qualification Standards

Pautan berkaitan

Foto

TM School Broadband telah dipotong tanpa notis

15 Ogos 2012, Servis TM School Broadband telah dipotong perkhidmatan tanpa sebarang notis dan maklumbalas secara formal mengenai perkara tersebut.

Apabila pihak TM dihubungi, mereka hanya memberitahu secara am bahawa pembaikian sedang dibuat. Sehingga kini sambungan TM broadband belum dipulihkan.

Posting ini akan di update jika sambungan dipulihkan semula.

Update:

24 September 2012. Selepas berhubung dengan pihak TM, PKG dan PPD, pihak teknikal TM telah membuat penyelengaraan susulan terhadap sambungan kabel TM. Sambungan TM Schoolnet Broadband kembali berfungsi pada waktu tengahari.

Pengisian maklumat sebelum pemasangan 1Bestarinet di laman YTL

14 Mei 2012, baru siap melengkapkan pengisian maklumat IT dan pelan susunatur sekolah untuk pemasangan 1Bestarinet oleh YTL. Maklumat diperlukan untuk membuat pemasangan 3 unit ZOOM MONITOR + 1 unit standby.

Menurut Helpdesk, 3 unit Zoom Monitor akan diaktifkan manakala yang satu lagi yang tidak diaktifkan bertindak sebagai unit pengganti.

Selepas pemasangan dan latihan penggunaan selesai, YTL akan memberi peluang sekolah melanggan sehingga 20 unit 4G-Dongle percuma. Akan tetapi memerlukan bayaran top-up untuk penggunaan dan langganan sambungan data (internet).

Capaian sesawang pengisian maklumat boleh dicapai di https://edw.yes.my/Yesmon/LoginSchoolInfo.aspx